Tuesday 12 February 2013



SJK(C) Kampar Girls (Sekolah Public Girls) telah ditubuhkan pada tahun 1916 oleh Encik Chan Tat Chor, Encik Loke Yow Chee dan Encik Yam Kah Hoor serta masyarakat Kampar keseluruhnya. Pada masa itu, Encik Chan Tat Chor telah dilantik sebagai Presidennya yang pertama. Encik Eu Tong Sen, Encik Chan Ying Tit, Encik Chai Cheng Chung dan Encik Lam Seng pula telah dilantik sebagai Pemegang Amanah Sekolah. Jumlah murid-murid pada masa itu ialah lebih kurang 50 orang. 

Pada tahun 1918, jumlah murid-muridnya telah bertambah kepada 100 orang. Dengan itu, Encik Presiden bersama Encik Loke Yow Chee, Encik Lam Loke Keng, Encik Oh Cheng Keat, Encik Ng Sek Chork dan Encik Tang Koon serta masyarakat Kampar seluruhnya telah menderma sebanyak $5,000 (Lima Ribu Ringgit) untuk membeli sebuah rumah kedai di 108, Jalan Gopeng, Kampar untuk digunakan sebagai bilik darjah.

Pada tahun 1932 sekolah ini telah dapat mengadakan lapan bilik darjah. Jumlah murid-murid meningkat kepada 200 orang. Dengan murah hati pihak Tokong China, Kampar telah meminjamkan rumah kedainya di 102, Jalan Kampar.

Pada tahun 1935, Encik Khoong Chat telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah dan Encik Chan Kai Yan sebagai naib Pengerusi. Pada tahun 1941, Encik Chan Ying Tit, J.P. telah memohon seekar tanah kerajaan di Jalan Ampang daripada Negeri untuk pembenaan sebuah sekolah. Permohonan ini telah dipersetujui. Dalam tahun 1942, waktu pemerintahan Jepun, segala kemudahan dan alatan sekolah ini telah hilang ke semuanya.  Pada tahun 1945, bila peperangan berakhir, sekolah ini telah diperkemaskan dan dibuka semula pada 20hb. Oktober, 1945.

Pada tahun 1950, pihak Lembaga Pengurus Sekolah telah melantik Encik Ng Yin Fong, J.P., Encik Chee Heung, J.P., dan Encik Chew Cheng Hong, PJK.  untuk mengambil alih tempat Encik Eu Tong Sen, Encik Chai Cheng Chung dan Encik Lam Seng sebagai Pemegang Amanah Sekolah.

Pada tahun 1961, sekolah ini telah diiktirafkan sebagai sekolah ‘sederhana’ dibawah Perkhidmatan Guru-Guru yang dipersatukan. Jumlah murid-murid pada masa itu ialah 520 orang. Bilangan Guru ialah 17 orang.

Bangunan kantin telah disiapkan pada bulan Mac, 1966. Jumlah perbelanjaan ialah $6,916. Pada awal Januari, 1966, dua tingkat bangunan sekolah tambahan baru yang mengandungi 3 buah bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar, sebuah pejabat, dan sebuah bilik muzik telah selesai di bina. Jumlah perbelanjaannya ialah $38,347. Pada tahun 1966 sekolah ini telah mula diturunkan pangkatnya daripada ‘sederhana’ kepada ‘kecil’. Bilangan murid-murid hanya ada 485 orang, iaitu 78 orang lelaki dan 407 orang perempuan. Bilangan Guru ialah 15 orang.

Pada tahun 1995, jumlah murid ialah 387 orang, bilangan kelas ialah 12 buah. Bilangan guru ialah 20 orang dan bilangan kakitangan bukan guru ialah 3 orang. Terdapat 12 kelas pada tahun semasa. Lembaga Pengurus Sekolah, PIBG dan Persatuan Murid-Murid Tua telah mengadakan temasya jamuan bertujuan mengutip wang sumbangan . Kutipan tersebut digunakan untuk membina Sebuah bangunan bertingkat dua yang mengandungi empat buah bilik darjah.

Melangkah tahun 2001, sejajar dengan Program Smart School yang dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah ini telah merancang supaya proses pembelajaran dan pengajaran serta sistem pentadbiran diuruskan dengan sistem pengkomputeran. Pihak sekolah berhasrat prestasi sekolah dapat dipertingkatkan dengan perancangan tersebut dan sekolah ini dapat menuju ke arah era teknologi maklumat yang canggih.

Dengan bantuan pelbagai pihak, pembangunaan sekolah ini  semakin sempurna. Pada tahun 2004 prestasi pelajaran murid meningkat, pengajaran menggunakan peralatan ICT bagi Program PPSMI berjalan lancar. Sekolah juga telah menggunakan kemudahan Internet School net untuk mendapatkan maklumat  terkini.

 Pn. Ang Pet Ai melaporkan diri pada 16.5.2008. Perancangan kemajuan berdasarkan analisis SWOT telah dijalankan. Memandangkan kebanyakan murid sekolah ini datang dari golongan yang agak lemah dari segi pendapatan dan pencapaian akademik, Pn. Ang ingin mengujudkan sekolah penyayang dan kondusif supaya murid dapat belajar dengan keyakinan. Disamping itu sekolah juga menghadapi banyak masalah dari segi fizikal dan kemudahan. Usaha mendapatkan bantuan modal telah dijalankan pada tahun 2008. Penyeliaan dan pemantauan dalaman rancangan / projek dijalankan dengan telas dan tulus dengan harapan pencapaian murid dari segi kesahsiahan, kokurikulum dan akademik akan menunjuk peningkatan pada masa hadapan.

Kini, Guru Besar baru ialah En. Tan Chin Sinag. Beliau seornag pengurus yang sangat progresif dan inisiatif. Beliau berhubungan baik dan rapat dengan PIBG, Lembaga Pengurus Sekolah, dan masyarakat tempatan, beliau terus berusaha untuk mempertingkatkan lagi taraf kemudahan-kemudahan sekolah. Beliau telah Berjaya menjadikan sekolah ini sebagai satu taman yang cantik dan bersih denganadanya kerjasama daripada para pekerja. Beliau seorang pemimpin yang bersifat penyayang, beliau amat menyayangi semua anak murid seumpama anak-anaknya sendiri. Hubungannya dengan warga sekolah termasuklah guru adalah mesra dan rapat sekali. Namun demikian, beliau akan bertindak tegas sekiranya ada kakitangan atau murid yang tetap melakukan sesuatu yang melanggar Perintah Am atau peraturan sekolah selepas nasihat-nasihat diberikan.  Beliau dan semua warga sekolah akan terus berusaha menyasarkan misi dan visi sekolah, iaitu menjadikan sekolah ini sebuah sekolah cemerlang dari segi akaedemik, kokurikulum, dan sahsiah di Daerah Kinta Selatan menjelang 2015.


No comments:

Post a Comment