Monday 18 February 2013

Pelbagai aktiviti KK yang telah berjaya dilaksanakan 我们已成功举办的各种课外活动









Murid, guru, staf, PIBG, Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Murid Tua, dan ibu bapa sekolah ini memang aktif dalam usaha menjayakan pelbagai aktiviti yang dapat merangsangkan perkembangan seimbangan para murid dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
Ini mungkin merupakan salah satu faktor penting yang menyababkan bilangan murid sekolah ini semakin bertambah. Lain kata, ibu bapa dan masyarakat telah menerima konsep pentadbiran, corak pendidikan, hala tuju organisasi, dan inspirasi sekolah ini.

本校全体师生及职员在董事部,家协,校友会,家长及社会的支持,配合及呵护下顺利及成功举办了一连串有益身心的课外活动,激发了学生们在身理、情绪、内涵、智商、人际五大方面的平衡发展。 这正符合了我国教育原则的要求 - 塑造全面均衡发展、有知识、有修养、有正面价值、有健康形象的未来国家接班人。所有公民必须有能力确保本身内心的祥和、社会的安宁、国家的团结及繁荣, 世界的进步及和平。

金宝公立学校的三大机构,家长及社会已开始接受本校的行政方式,教育方针、学校目标,远景及宏愿。这将有助于本校继续发展及前进的巨大推动力!本校全体教职员将会尽心尽力为公立的孩子们提供高素质的教育,让他们拥有美好的明天!

Mencari ketenangan jiwa di sisi keluarga 寻找心灵的慰藉及安宁


Kadang-kadang, kita seharusnya meluangkan masa untuk bersiar-siar di tepi pantai atau tasik yang berpandangan semula jadi yang dapat membuka mata, mengaktifkan minda atau menenagkan jiwa. Yang penting, ia juga dapat mengeratkan hubungan seisi keluarga yang tersayang...... semaoga semua warga dunia ini sentiasa berada dalam keadaan sihat, sejahtera, dan bahagia di sisi keluarga......
有时候,我们必须腾出时间,到一些海边或湖畔走走,看看.....让清风来拂平我们心中的一切不忿、不平及烦躁,让美景来调剂我们疲惫不堪的身心,让美丽的浪花或涟漪来激发我们积极面对人生的斗志。最主要,这一切这能拉近我们和家人的关系,让彼此之间更融洽、靠近、亲密......但愿天底下的人们经常处身在健康、和谐及幸福之中.......

融洽关系 Hubungan mesra





Sekolah telah berjaya menjalinkan hubungan yang mesra dan rapat dengan ibu bapa dan masyarakat, ini dapat diperlihatkan melalui penglibatan dan sokongan ibu bapa yang begitu aktif sekali. Ini telah mempermudahkan pihak sekolah dalam pelbagai aktiviti yang memanfaatkan murid, guru, staf, ibu bapa, dan masyarakat.
校方积极与家长们共同参与各类活动,在校内及校外与各界/单位建立了友好及密切关系。这有助于校方更有效地为孩子们举办更多有益身心的各种活动。

Membina sikap penyayang anak murid 建立孩子们的爱心


Para murid sekolah ini digalakkan untuk mengamalkan konsep belajar kendiri dan menguruskan semua hal secara berdikari. Beberapa kumpulan murid telah berjaya menguruskan semua urusan melawat ke rumah kebajikan orang tua misalnya berjumpa dengan pengurus rumah kebajikan, mengorganisasikan rombongna, menubuhkan jawatankuasa, mencari dana, mendapatkan sokongan modal, meminta kebenaran daripada guru besar, dan sebagainya. Kejayaan mereka telah memegahkan para guru, pentadbir, dan ibu bapa, lebih-lebih lagi dari segi kesedaran peri kemanusiaan, keprihatian terhadap golongan yang kurang bernasib baik, dan pelaksanaan tanggungjawab mereka kepada masyarakat.
公立的老师们教导孩子必须自立、自律及自理。已有多队各年级学生在自食其力,自由发挥下,他们自行成立工委会、接洽老人院负责人、筹募义款、收集物资、向校长申请准证等。孩子们靠自己的执行及创造能力成功举办了多次的老人院探访团,展现了他们对人权的认知、对不幸人群的同情、对社会负起了应尽的义务,这一切令家长们深深感动、让老师们引以为傲......“孩子们,你们都长大、懂事了!”

Sesiapa yang telah melangkah masuk ke SJK(C) Kampar Girls juga keluarga kami. 访客们也是我们的家人

Sekolah ini selalu menyambut kedatangan pengawai PPD/ JPN/ KPM dengan sepasang tangan yang terbuka atas keyakinan bahawa hasil pemantauan akan dapat memantapkan lagi sistem pengurusan sekolah yang berkaitan demi kebajikan murid, keberkesanan guru, dan kebaikan sekolah.
Layanan-layanan mesra dan ikhlas sedemikian juga diberikan kepada semua pengunjung yang masuk ke sekolah ini. Guru besar, En. Tan selalu tidak lupa berpesan kepada para pengunjung, "Jangan tuan/ puan/ cik lupa kembali ke rumah ini jika lapang" pada saat-saat perpisahan. Ini telah membolehkan pihak sekonjalinkan hubungna yang baik dan rapat dengan pelbagai pihak, dan juga membina iklim atau budaya sekolah yang baik dan sihat.
本校经常以热情、真心迎接所有到访的官员,这是因为我们知道官员们的指点有助于提升学校的各有关单位的管理及操作,继而提高学生的利益、教职员的效率及学校的效益。本校对待其他访客亦是如此,从而建立了主客间的友好关系。陈校长总是不忘对即将离开校园的客人再三交代:“有空时,请您不要忘了回家来。”让客人深感窝心及温馨,其乐融融也.....

Sunday 17 February 2013

Projek MOVE 课外活动提升计划








SJK(C) Kampar Girls telah melancarkan Projek MOVE yang bertujuan menggerakkan murid, guru, dan staf merentasi sempadan daerah, negeri, mahupun negara untuk melangkah masuk ke serantau dunia selaras dengan arus perkembangan zaman yang berkonsep "dunia tanpa sempadan" . Memang banyak aktiviti telah dilaksanakan, dan banyak kejayaan telah dicapai serta kesan-kesan positif telah diperolehi. Ini adalah hasil usaha bersama semua murid, guru, sataf, ibu bapa, PIBG, Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Bekas Murid, dan masyarakat. Semangat MOVE akan kami teruskan demi kecemerlangan seimbang murid dan kebaikan sekolah。
为了配合时代不断前进的步伐,金宝公立国民型华文学校启动了MOVE计划,带领全体师生及职员冲出金宝、霹雳及马来西亚,奔向国际,迎向无国界旳新世纪!在MOVE计划下,本校童军团I选当先锋,成功参与了多项跨越县、州及国界的国际童子军交融计划,让他们、在身心方面都受益良多。这一切皆归功于校内全体师生及校外各方热心人士的支持及协助。为了学生们的平衡发展及学校的益处,我们将延续MOVE的奋斗精神!

Thursday 14 February 2013

KEPENTINGAN KOKURIKULUM DALAM PERKEMBANGAN SEIMBANG MURID

Dalam era ini, pendidikan telah menjadi kewajiban dengan kesedaran masyarakat tentang kepentingannya. Kemajuan setiap individu seolah-olah adalah sepatutnya. Namun, satu isu merujuk kepada generasi modern yang tidak berinovasi , berkreativiti dan aktif telah bangkit. Tindakan kerajaan bagi konteks ini adalah menwajibkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Ini dipercayai bahawa menyumbang dalam penyuburan fizikal ,mental,sosial dan juga emosi pelajar.

Garis ppanduan perkhidmatan guru 教师指南


S. J. K.(C) KAMPAR GIRLS, 31907 KAMPAR, PERAK.

GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN GURU

1. Guru mesti mematuhi segala arahan dan pekeliling KPM / JPN / PPD.

2. Datang ke sekolah sebelum pukul 7.25 pagi pada hari persekolahan dan menandatangani serta

    mencatat masa sampai / masa balik dalam buku harian sekolah.              

3. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar pada waktu

    persekolahan.                                                         

4. Jika guru tidak dapat hadir ke sekolah, sila beritahu pihak sekolah terlebih dahulu dan memohon cuti

    dengan prosedur yang sepatutnya selain cuti sakit.                  

5. Jika berlaku kes kecemasan, guru dibenar meninggalkan pejabat dengan adanya kelulusan Guru Besar.

6. Sebarang pertukaran waktu mengajar antara guru, mestilah mendapat kebenaran Guru Besar atau Guru

    Kanan terlebih dahulu.

7. Guru diminta menghadiri mesyuarat / aktiviti-aktiviti berkaitan dan mematuhi cadangan yang dipersetujui

    dalam mesyuarat.

8. Guru mesti menghadiri perhimpunan mingguan dan menolong mengawal disiplin murid

9. Guru Petugas diminta meronda kawasan sekolah pada waktu pagi dan masa rehat serta mengawal disiplin

     murid.

10. Guru kelas bertanggungjawab urusan kelas masing-masing.

11. Hukuman murid mestilah munasabah.

12. Memastikan Rancangan Pelajaran Tahunan disempurnakan dalam tempoh sebelum sesi  

      persekolahan dimulakan.

13. Rancangan pelajaran harian disediakan sebelum pengajaran & pembelajaran dijalankan.

14. Buku persediaan mengajar mesti dilengkapkan dengan kandungannya.

15. Guru hendaklah menyerahkan buku persediaan mengajar untuk disemak dan disahkan oleh Guru Besar pada setiap hari Isnin.

16. Buku rampaian murid hendaklah diperiksa oleh guru sendiri dan mencatatkan tarikh pemeriksaan.

17. Guru tidak dibenar menggunakan telefon bimbit, membaca surat khabar atau menyemak buku rampaian murid dalam kelas.

18. Guru mesti mengikut jadual waktu penggantian yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

19. Guru hendaklah masuk ke kelas menepati masa.

20. Semua guru adalah guru disiplin sekolah.

21. Guru kelas hendaklah memastikan murid yang ponteng sekolah dan memaklumkan kepada ibu bapa berkenaan.

22. Guru dikehendaki menjalankan kegiatan ko-kurikulum mengikut masa yang ditetapkan.

23. Guru kelas bertanggungjawab kebersihan / keceriaan kelas masing-masing.

24. Guru kelas dikehendaki mengemaskinikan buku kedatangan murid.

25. A) Penilaian PKSR / Ujian bulanan dijalankan mengikut jadual waktu yang ditetapkan.

B) Kertas soalan peperiksaan adalah sulit.

C) Soalan peperiksaan hendaklah disediakan mengikut tarikh yang ditetapkan dan disahkan oleh Guru  

     Besar.

D) Sesalinan kertas soalan peperiksaan yang lengkap hendak diserah kepada Guru Kanan.

E) Pencatatan markah dan analisa keputusan peperiksaan hendaklah disiapkan dalam tempoh 2 minggu

     selepas peperiksaan dijalankan.

26. Guru kelas diminta mengemaskinikan kad laporan kemajuan murid, buku rekod kesihatan murid, kad 001 dan lain-lain.

27. Semua guru diminta mengikut arahan Jemaah Nazir Sekolah untuk membentukkan suasana pengajaran & pembelajaran yang sesuai.






Semua anak murid adalah anak kami, maka kami mendidik mereka dengan saksama dan bersungguh-sungguh agar mereka dapat berkembang secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Guru besar, En. Tan sentiasa mengingatkan para guru dan staf sokongan agar meletakan kebajikan murid dan kebaikan sekolah pada tempat pertama dalam hati sebagai seorang pendidik atau pengasuh yang menyumbang tenaga, masa, dan keikhlasan dalam usaha membina generasi muda yang bakal membawa negara kita ke arah yang lebih maju, cemerlang, dan hamorni.

Tuesday 12 February 2013



SJK(C) Kampar Girls (Sekolah Public Girls) telah ditubuhkan pada tahun 1916 oleh Encik Chan Tat Chor, Encik Loke Yow Chee dan Encik Yam Kah Hoor serta masyarakat Kampar keseluruhnya. Pada masa itu, Encik Chan Tat Chor telah dilantik sebagai Presidennya yang pertama. Encik Eu Tong Sen, Encik Chan Ying Tit, Encik Chai Cheng Chung dan Encik Lam Seng pula telah dilantik sebagai Pemegang Amanah Sekolah. Jumlah murid-murid pada masa itu ialah lebih kurang 50 orang. 

Pada tahun 1918, jumlah murid-muridnya telah bertambah kepada 100 orang. Dengan itu, Encik Presiden bersama Encik Loke Yow Chee, Encik Lam Loke Keng, Encik Oh Cheng Keat, Encik Ng Sek Chork dan Encik Tang Koon serta masyarakat Kampar seluruhnya telah menderma sebanyak $5,000 (Lima Ribu Ringgit) untuk membeli sebuah rumah kedai di 108, Jalan Gopeng, Kampar untuk digunakan sebagai bilik darjah.

Pada tahun 1932 sekolah ini telah dapat mengadakan lapan bilik darjah. Jumlah murid-murid meningkat kepada 200 orang. Dengan murah hati pihak Tokong China, Kampar telah meminjamkan rumah kedainya di 102, Jalan Kampar.

Pada tahun 1935, Encik Khoong Chat telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah dan Encik Chan Kai Yan sebagai naib Pengerusi. Pada tahun 1941, Encik Chan Ying Tit, J.P. telah memohon seekar tanah kerajaan di Jalan Ampang daripada Negeri untuk pembenaan sebuah sekolah. Permohonan ini telah dipersetujui. Dalam tahun 1942, waktu pemerintahan Jepun, segala kemudahan dan alatan sekolah ini telah hilang ke semuanya.  Pada tahun 1945, bila peperangan berakhir, sekolah ini telah diperkemaskan dan dibuka semula pada 20hb. Oktober, 1945.

Pada tahun 1950, pihak Lembaga Pengurus Sekolah telah melantik Encik Ng Yin Fong, J.P., Encik Chee Heung, J.P., dan Encik Chew Cheng Hong, PJK.  untuk mengambil alih tempat Encik Eu Tong Sen, Encik Chai Cheng Chung dan Encik Lam Seng sebagai Pemegang Amanah Sekolah.

Pada tahun 1961, sekolah ini telah diiktirafkan sebagai sekolah ‘sederhana’ dibawah Perkhidmatan Guru-Guru yang dipersatukan. Jumlah murid-murid pada masa itu ialah 520 orang. Bilangan Guru ialah 17 orang.

Bangunan kantin telah disiapkan pada bulan Mac, 1966. Jumlah perbelanjaan ialah $6,916. Pada awal Januari, 1966, dua tingkat bangunan sekolah tambahan baru yang mengandungi 3 buah bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar, sebuah pejabat, dan sebuah bilik muzik telah selesai di bina. Jumlah perbelanjaannya ialah $38,347. Pada tahun 1966 sekolah ini telah mula diturunkan pangkatnya daripada ‘sederhana’ kepada ‘kecil’. Bilangan murid-murid hanya ada 485 orang, iaitu 78 orang lelaki dan 407 orang perempuan. Bilangan Guru ialah 15 orang.

Pada tahun 1995, jumlah murid ialah 387 orang, bilangan kelas ialah 12 buah. Bilangan guru ialah 20 orang dan bilangan kakitangan bukan guru ialah 3 orang. Terdapat 12 kelas pada tahun semasa. Lembaga Pengurus Sekolah, PIBG dan Persatuan Murid-Murid Tua telah mengadakan temasya jamuan bertujuan mengutip wang sumbangan . Kutipan tersebut digunakan untuk membina Sebuah bangunan bertingkat dua yang mengandungi empat buah bilik darjah.

Melangkah tahun 2001, sejajar dengan Program Smart School yang dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah ini telah merancang supaya proses pembelajaran dan pengajaran serta sistem pentadbiran diuruskan dengan sistem pengkomputeran. Pihak sekolah berhasrat prestasi sekolah dapat dipertingkatkan dengan perancangan tersebut dan sekolah ini dapat menuju ke arah era teknologi maklumat yang canggih.

Dengan bantuan pelbagai pihak, pembangunaan sekolah ini  semakin sempurna. Pada tahun 2004 prestasi pelajaran murid meningkat, pengajaran menggunakan peralatan ICT bagi Program PPSMI berjalan lancar. Sekolah juga telah menggunakan kemudahan Internet School net untuk mendapatkan maklumat  terkini.

 Pn. Ang Pet Ai melaporkan diri pada 16.5.2008. Perancangan kemajuan berdasarkan analisis SWOT telah dijalankan. Memandangkan kebanyakan murid sekolah ini datang dari golongan yang agak lemah dari segi pendapatan dan pencapaian akademik, Pn. Ang ingin mengujudkan sekolah penyayang dan kondusif supaya murid dapat belajar dengan keyakinan. Disamping itu sekolah juga menghadapi banyak masalah dari segi fizikal dan kemudahan. Usaha mendapatkan bantuan modal telah dijalankan pada tahun 2008. Penyeliaan dan pemantauan dalaman rancangan / projek dijalankan dengan telas dan tulus dengan harapan pencapaian murid dari segi kesahsiahan, kokurikulum dan akademik akan menunjuk peningkatan pada masa hadapan.

Kini, Guru Besar baru ialah En. Tan Chin Sinag. Beliau seornag pengurus yang sangat progresif dan inisiatif. Beliau berhubungan baik dan rapat dengan PIBG, Lembaga Pengurus Sekolah, dan masyarakat tempatan, beliau terus berusaha untuk mempertingkatkan lagi taraf kemudahan-kemudahan sekolah. Beliau telah Berjaya menjadikan sekolah ini sebagai satu taman yang cantik dan bersih denganadanya kerjasama daripada para pekerja. Beliau seorang pemimpin yang bersifat penyayang, beliau amat menyayangi semua anak murid seumpama anak-anaknya sendiri. Hubungannya dengan warga sekolah termasuklah guru adalah mesra dan rapat sekali. Namun demikian, beliau akan bertindak tegas sekiranya ada kakitangan atau murid yang tetap melakukan sesuatu yang melanggar Perintah Am atau peraturan sekolah selepas nasihat-nasihat diberikan.  Beliau dan semua warga sekolah akan terus berusaha menyasarkan misi dan visi sekolah, iaitu menjadikan sekolah ini sebuah sekolah cemerlang dari segi akaedemik, kokurikulum, dan sahsiah di Daerah Kinta Selatan menjelang 2015.


Thursday 7 February 2013

Teori belajar humanistik

Abraham Maslow dan Carl Rogers termasuk kedalam tokoh kunci humanisme. Tujuan utama dari humanisme dapat dijabarkan sebagai perkembangan dari aktualisasi diri manusia automomous. Dalam humanisme, belajar adalah proses yang berpusat pada pelajar dan dipersonalisasikan, dan peran pendidik adalah sebagai seorang fasilitator.

Afeksi dan kebutuhan kognitif adalah kuncinya, dan goalnya adalah untuk membangun manusia yang dapat mengaktualisasikan diri dalam lingkungan yang kooperatif dan suportif. Dijelaskan juga bahwa pada hakekatnya setiap manusia adalah unik, memiliki potensi individual dan dorongan internal untuk berkembang dan menentukan perilakunya. Kerana itu dalam kaitannya maka setiap diri manusia adalah bebas dan memiliki kecenderungan untuk tumbuh dan berkembang mencapai aktualisasi diri.

Monday 4 February 2013

http://www.ipislam.edu.my/uploaded/modulpgsr/mte3106.pdf

Falsafah Pendidkan Kebangsaan negara kita merupakan satu falsafah yang begitu teliti, seimbang. dan menyeluruh. Ia merupakan panduan teras yang mesti dipatuhi dan dihayati oleh semua warga pendidik di Malaysia untuk melahirkan benerasi muda yang berkembang secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Ia juga merupakan pegangan hidup dan kebanggaan rakyat Malaysia.

Sunday 3 February 2013

Pandangan SJK(C) Kampar Girls









SJK(C) Kampar Girls mengamalkan konsep "A Garden in Kampar City", pihak pentadbir sentiasa meminta bantuan dan sumbangan para pekerja untuk memastikan keadaan sekolah selalu bersih, ceria, dan hijau. Guru besar, En. Tan sentiasa menegaskan bahawa persekitaran semula jadi yang selesa dan cantik dapat menenangkan jawa para warga sekolah, maka guru dapat mengajar dengan baik, murid dapat belajar dengan berkesan, pekerja dapat bekerja dengan bersemangat, dan ibu bapa akan tertarik untuk mengunjuninya selalu. Samakin banyak tumbuhan-tumbuhan ditanam, semakin oksigen dapat diperolehi oleh anak-anak murid, maka meningkatlah kecergasa fizikal, kecerdasan otak, dan kestabilan emosi mereka. Sekolah yang bersih, ceria, dan hijau inilah syurga kami!