SJK(C) Kampar Girls (Sekolah Public Girls) telah ditubuhkan pada tahun 1916
oleh Encik Chan Tat Chor, Encik Loke Yow Chee dan Encik Yam Kah Hoor serta
masyarakat Kampar keseluruhnya. Pada masa itu, Encik Chan Tat Chor telah
dilantik sebagai Presidennya yang pertama. Encik Eu Tong Sen, Encik Chan Ying
Tit, Encik Chai Cheng Chung dan Encik Lam Seng pula telah dilantik sebagai
Pemegang Amanah Sekolah. Jumlah murid-murid pada masa itu ialah lebih kurang 50
orang.
Pada
tahun 1918, jumlah murid-muridnya telah bertambah kepada 100 orang. Dengan itu,
Encik Presiden bersama Encik Loke Yow Chee, Encik Lam Loke Keng, Encik Oh Cheng
Keat, Encik Ng Sek Chork dan Encik Tang Koon serta masyarakat Kampar seluruhnya
telah menderma sebanyak $5,000 (Lima Ribu Ringgit) untuk membeli sebuah rumah
kedai di 108, Jalan Gopeng, Kampar untuk digunakan sebagai bilik darjah.
Pada
tahun 1932 sekolah ini telah dapat mengadakan lapan bilik darjah. Jumlah
murid-murid meningkat kepada 200 orang. Dengan murah hati pihak Tokong China,
Kampar telah meminjamkan rumah kedainya di 102, Jalan Kampar.
Pada
tahun 1935, Encik Khoong Chat telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengurus
Sekolah dan Encik Chan Kai Yan sebagai naib Pengerusi. Pada tahun 1941, Encik
Chan Ying Tit, J.P. telah memohon seekar tanah kerajaan di Jalan Ampang
daripada Negeri untuk pembenaan sebuah sekolah. Permohonan ini telah
dipersetujui. Dalam tahun 1942, waktu pemerintahan Jepun, segala kemudahan dan
alatan sekolah ini telah hilang ke semuanya.
Pada tahun 1945, bila peperangan berakhir, sekolah ini telah
diperkemaskan dan dibuka semula pada 20hb. Oktober, 1945.
Pada
tahun 1950, pihak Lembaga Pengurus Sekolah telah melantik Encik Ng Yin Fong,
J.P., Encik Chee Heung, J.P., dan Encik Chew Cheng Hong, PJK. untuk mengambil alih tempat Encik Eu Tong
Sen, Encik Chai Cheng Chung dan Encik Lam Seng sebagai Pemegang Amanah Sekolah.
Pada
tahun 1961, sekolah ini telah diiktirafkan sebagai sekolah ‘sederhana’ dibawah
Perkhidmatan Guru-Guru yang dipersatukan. Jumlah murid-murid pada masa itu
ialah 520 orang. Bilangan Guru ialah 17 orang.
Bangunan
kantin telah disiapkan pada bulan Mac, 1966. Jumlah perbelanjaan ialah $6,916.
Pada awal Januari, 1966, dua tingkat bangunan sekolah tambahan baru yang
mengandungi 3 buah bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar, sebuah pejabat, dan
sebuah bilik muzik telah selesai di bina. Jumlah perbelanjaannya ialah $38,347.
Pada tahun 1966 sekolah ini telah mula diturunkan pangkatnya daripada
‘sederhana’ kepada ‘kecil’. Bilangan murid-murid hanya ada 485 orang, iaitu 78
orang lelaki dan 407 orang perempuan. Bilangan Guru ialah 15 orang.
Pada
tahun 1995, jumlah murid ialah 387 orang, bilangan kelas ialah 12 buah.
Bilangan guru ialah 20 orang dan bilangan kakitangan bukan guru ialah 3 orang.
Terdapat 12 kelas pada tahun semasa. Lembaga Pengurus Sekolah, PIBG dan
Persatuan Murid-Murid Tua telah mengadakan temasya jamuan bertujuan mengutip
wang sumbangan . Kutipan tersebut digunakan untuk membina Sebuah bangunan
bertingkat dua yang mengandungi empat buah bilik darjah.
Melangkah
tahun 2001, sejajar dengan Program Smart School yang dilancarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah ini telah merancang supaya proses
pembelajaran dan pengajaran serta sistem pentadbiran diuruskan dengan sistem
pengkomputeran. Pihak sekolah berhasrat prestasi sekolah dapat dipertingkatkan
dengan perancangan tersebut dan sekolah ini dapat menuju ke arah era teknologi
maklumat yang canggih.
Dengan
bantuan pelbagai pihak, pembangunaan sekolah ini semakin sempurna. Pada tahun 2004 prestasi
pelajaran murid meningkat, pengajaran menggunakan peralatan ICT bagi Program
PPSMI berjalan lancar. Sekolah juga telah menggunakan kemudahan Internet School net untuk mendapatkan
maklumat terkini.
Pn.
Ang Pet Ai melaporkan diri pada 16.5.2008. Perancangan kemajuan berdasarkan
analisis SWOT telah dijalankan. Memandangkan kebanyakan murid sekolah ini
datang dari golongan yang agak lemah dari segi pendapatan dan pencapaian
akademik, Pn. Ang ingin mengujudkan sekolah penyayang dan kondusif supaya murid
dapat belajar dengan keyakinan. Disamping itu sekolah juga menghadapi banyak
masalah dari segi fizikal dan kemudahan. Usaha mendapatkan bantuan modal telah
dijalankan pada tahun 2008. Penyeliaan dan pemantauan dalaman rancangan /
projek dijalankan dengan telas dan tulus dengan harapan pencapaian murid dari segi kesahsiahan, kokurikulum dan akademik
akan menunjuk peningkatan pada masa hadapan.
Kini,
Guru Besar baru ialah En. Tan Chin Sinag. Beliau seornag pengurus yang sangat
progresif dan inisiatif. Beliau berhubungan baik dan rapat dengan PIBG, Lembaga
Pengurus Sekolah, dan masyarakat tempatan, beliau terus berusaha untuk
mempertingkatkan lagi taraf kemudahan-kemudahan sekolah. Beliau telah Berjaya
menjadikan sekolah ini sebagai satu taman yang cantik dan bersih denganadanya
kerjasama daripada para pekerja. Beliau seorang pemimpin yang bersifat
penyayang, beliau amat menyayangi semua anak murid seumpama anak-anaknya
sendiri. Hubungannya dengan warga sekolah termasuklah guru adalah mesra dan
rapat sekali. Namun demikian, beliau akan bertindak tegas sekiranya ada
kakitangan atau murid yang tetap melakukan sesuatu yang melanggar Perintah Am
atau peraturan sekolah selepas nasihat-nasihat diberikan. Beliau dan semua warga sekolah akan terus
berusaha menyasarkan misi dan visi sekolah, iaitu menjadikan sekolah ini sebuah
sekolah cemerlang dari segi akaedemik, kokurikulum, dan sahsiah di Daerah Kinta
Selatan menjelang 2015.
No comments:
Post a Comment