S. J. K.(C) KAMPAR GIRLS, 31907 KAMPAR, PERAK.
GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN GURU
1. Guru mesti
mematuhi segala arahan dan pekeliling KPM / JPN / PPD.
2. Datang ke sekolah sebelum pukul
7.25 pagi pada hari persekolahan dan menandatangani serta
mencatat masa sampai / masa balik dalam buku harian sekolah.
3. Guru tidak dibenarkan
meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar pada waktu
persekolahan.
4. Jika guru tidak dapat hadir ke
sekolah, sila beritahu pihak sekolah terlebih dahulu dan memohon cuti
dengan prosedur yang sepatutnya selain cuti sakit.
5. Jika berlaku kes kecemasan, guru
dibenar meninggalkan pejabat dengan adanya kelulusan Guru Besar.
6. Sebarang pertukaran waktu
mengajar antara guru, mestilah mendapat kebenaran Guru Besar atau Guru
Kanan terlebih dahulu.
7. Guru diminta menghadiri
mesyuarat / aktiviti-aktiviti berkaitan dan mematuhi cadangan yang dipersetujui
dalam mesyuarat.
8. Guru mesti menghadiri
perhimpunan mingguan dan menolong mengawal disiplin murid
9. Guru Petugas diminta meronda
kawasan sekolah pada waktu pagi dan masa rehat serta mengawal disiplin
murid.
10. Guru kelas bertanggungjawab
urusan kelas masing-masing.
11. Hukuman murid mestilah
munasabah.
12. Memastikan Rancangan Pelajaran
Tahunan disempurnakan dalam tempoh sebelum sesi
persekolahan dimulakan.
13. Rancangan pelajaran harian
disediakan sebelum pengajaran & pembelajaran dijalankan.
14. Buku persediaan mengajar
mesti dilengkapkan dengan kandungannya.
15. Guru hendaklah menyerahkan buku
persediaan mengajar untuk disemak dan disahkan oleh Guru Besar pada setiap hari
Isnin.
16. Buku rampaian murid hendaklah
diperiksa oleh guru sendiri dan mencatatkan tarikh pemeriksaan.
17. Guru tidak dibenar menggunakan
telefon bimbit, membaca surat khabar atau menyemak buku rampaian murid dalam
kelas.
18. Guru mesti mengikut jadual
waktu penggantian yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
19. Guru hendaklah masuk ke kelas
menepati masa.
20. Semua guru adalah guru
disiplin sekolah.
21. Guru kelas hendaklah memastikan
murid yang ponteng sekolah dan memaklumkan kepada ibu bapa berkenaan.
22. Guru dikehendaki menjalankan
kegiatan ko-kurikulum mengikut masa yang ditetapkan.
23. Guru kelas bertanggungjawab
kebersihan / keceriaan kelas masing-masing.
24. Guru kelas dikehendaki
mengemaskinikan buku kedatangan murid.
25. A) Penilaian PKSR / Ujian bulanan dijalankan mengikut
jadual waktu yang ditetapkan.
B) Kertas soalan
peperiksaan adalah sulit.
C) Soalan
peperiksaan hendaklah disediakan mengikut tarikh yang ditetapkan dan disahkan
oleh Guru
Besar.
D) Sesalinan kertas
soalan peperiksaan yang lengkap hendak diserah kepada Guru Kanan.
E) Pencatatan
markah dan analisa keputusan peperiksaan hendaklah disiapkan dalam tempoh 2
minggu
selepas peperiksaan dijalankan.
26. Guru kelas diminta
mengemaskinikan kad laporan kemajuan murid, buku rekod kesihatan murid, kad 001
dan lain-lain.
27. Semua guru diminta mengikut
arahan Jemaah Nazir Sekolah untuk membentukkan suasana pengajaran &
pembelajaran yang sesuai.
No comments:
Post a Comment